NADI – GOVERNMENT (Current) : Permohonan Bantuan Baitulmal MAINS & idMe (Sistem Pengurusan Murid)
2 & 3 Februari 2026 | Aktiviti Terkini2 & 3 Februari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah memberi penerangan berkenaan permohonan bantuan banitulmal MAINS dan idMe kepada pengunjung yang menghadiri di NADI. Seramai 4 orang pengunjung telah mengisi permohonan ini.
Permohonan bantuan Baitulmal MAINS (persekolahan) ini bertujuan untuk membantu keluarga asnaf bagi menampung kos pendidikan anak-anak. Bantuan ini meliputi perbelanjaan seperti yuran sekolah, pakaian, buku dan alat tulis. IDMe ialah sistem pengurusan murid yang digunakan di sekolah untuk menyimpan dan mengurus maklumat murid. Ia membantu guru merekod kehadiran, maklumat peribadi, pencapaian dan urusan berkaitan murid. Sistem ini memudahkan pengurusan data secara tersusun, selamat dan menjimatkan masa guru serta pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: